Anda di sini

MOSAR bantu pendaki wanita alami keletihan melampau, sakit lutut

Advertisement
 Pasukan MOSAR membawa mangsa turun menggunakan pengusung.
BANTU: Pasukan MOSAR membawa mangsa turun menggunakan pengusung.

RANAU: Seorang wanita mengalami keletihan melampau dan sakit di bahagian lutut semasa dalam perjalanan mendaki Gunung Kinabalu di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau Ridwan Mohd Taib berkata kejadian jam 1.30 petang itu membabitkan mangsa warga tempatan berumur 33 tahun.

“Bertindak dengan kecemasan, Pasukan Bantuan Mencari dan Menyelamat Gunung (MOSAR) bergegas ke lokasi sebaik memperoleh maklumat daripada pihak Taman-Taman Sabah (TTS).

“Mangsa yang mengalami keletihan melampau dan sakit di bahagian lutut itu tidak dapat meneruskan perjalanan turun dan diberikan rawatan awal di lokasi.

“Mangsa kemudiannya dibawa turun menggunakan pengusung ke Timpohon Gate,” katanya.

Menurutnya mangsa kemudiannya diserahkan kepada rakannya untuk tindakan selanjutnya.

Katanya operasi keseluruhan ditamatkan jam 4.40 petang.

  • oleh
  • Advertisement