Anda di sini

Ronnie tinggalkan PKDM, sokong GRS

Advertisement
RONNIE
RONNIE

KOTA KINABALU: Pengasas dan Naib Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Malaysia (PKDM) Datuk Ronnie Loh mengumumkan letak jawatan daripada parti berkenaan berkuatkuasa serta-merta.

Beliau berkata, keputusan dibuat tanpa pengaruh daripada mana-mana pihak dan dibuat selepas pertimbangan teliti serta perbincangan dengan para penyokong demi kebaikan negeri ini.

"Sepanjang tempoh ini, saya telah berusaha tanpa henti untuk memberikan sumbangan kemajuan negeri tercinta kita. 

"Namun, dengan rasa kesal, saya hilang keyakinan terhadap kepimpinan Presiden Parti yang tidak konsisten dalam prinsipnya dan hanya memberikan keutamaan kepada politik peribadi," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, setelah mengadakan perbincangan dengan para penyokongnya, beliau mengumumkan sokongan terhadap Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). 

"Saya percaya dalam visi Kerajaan GRS yang mempunyai satu hala tuju yang jelas untuk kemajuan Sabah sebagaimana yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya yang betul-betul memberi keutamaan kepada pmmbangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

"Dalam pada itu, komitmen saya untuk menyantuni rakyat Sabah tetap teguh. Selama 38 tahun, saya aktif dan terlibat sama dalam kerja komuniti.

"Saya sentiasa membantu orang muda untuk mendapat biasiswa pendidikan, menolong dalam permohonan permastautin tetap di Sabah dan menyelesaikan masalah status kerakyatan yang dihadapi oleh orang Sabah terutamanya di pedalaman, serta masalah-masalah berkaitan dengan pendaftaran kelahiran lewat," katanya.

Beliau memberikan jaminan bahawa komitmen terhadap kebajikan rakyat sentiasa diutamakan walaupun telah berundur dari arena politik untuk sementara waktu.

Katanya, beliau akan terus memperjuangkan kebajikan rakyat melalui usaha peribadinya
saya serta penyertaan dalam organisasi bukan kerajaan (NGO) tempatan di Sabah. 

"Saya akan memberikan sepenuhnya komitmen untuk memperkasakan komuniti Sabah.

"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada penyokong saya diatas kepercayaan mereka
yang tidak berbelah bagi kepada saya.

"Bersama-sama, mari kita teruskan perjalanan ke arah Sabah yang lebih makmur dan 
bersatu," katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement