Anda di sini

STB, Malaysia Airlines tandatangani MoU, promosi pelancongan antara UK dan Sarawak

Advertisement
Abdul Karim (belakang lima kiri) menyaksikan upacara menandatangani MoU antara wakil STB dan Malaysia Airlines (London) di London. -Gambar UKAS
Abdul Karim (belakang lima kiri) menyaksikan upacara menandatangani MoU antara wakil STB dan Malaysia Airlines (London) di London. -Gambar UKAS

KUCHING: Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Malaysia Airlines Berhad (London), untuk mempromosikan pelancongan antara United Kingdom dan Sarawak. 

MoU tersebut ditandatangani di London di mana delegasi Sarawak diketuai Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. 

Menurut Abdul Karim, menerusi MoU tersebut, kedua-dua pihak akan mempromosikan pelancongan antara United Kingdom dan Sarawak menerusi kempen pelancongan yang mengetengahkan destinasi ekopelancongan. 

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan sempena lawatan beliau ke London bagi acara World Travel Market (WTM) yang berlangsung di Pusat Pameran Excel, London bermula 6 hingga 8 November lepas. 

Dalam program sama, Abdul Karim turut melancarkan ‘Nat Geo Traveller Sarawak’ 2024 di Pavillion Sarawak, London bagi mengetengahkan keunikan alam semulajadi di Sarawak. 

Turut serta Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datu Sherrina Hussaini serta yang lain. 
 

Advertisement