Anda di sini

Enam koperasi di Kapit terima Geran Bantuan Pembangunan SKM

Advertisement
 Ewon semasa menyampaikan replika cek kepada penerima semasa majlis terbabit.
GERAN: Ewon semasa menyampaikan replika cek kepada penerima semasa majlis terbabit.

KAPIT: Enam buah koperasi di Kapit menerima Geran Bantuan Pembangunan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysis (SKM) membabitkan jumlah keseluruhan sebanyak RM288,000.

Koperasi terlibat ialah Koperasi Song Kapit Berhad, Koperasi Komuniti Nanga Mukeh Song Kapit Bhd, Koperasi Sungai Teliai Kapit Berhad, Koperasi Semut Kapit, Koperasi Sungai Tisa Yong Kapit dan Koperasi Usahawan Bumiputera Kapit Bhd.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berharap agar koperasi yang menerima geran bantuan daripada SKM dapat memanfaatkan bantuan itu sebaiknya untuk memajukan lagi aktiviti koperasi.

Beliau berkata demikian semasa menyempurnakan penyampaian geran dalam Majlis Makan Malam Bersama Agensi Kuskop dan pemimpin koperasi Bahagian Kapit, di Dewan Sri Balleh Kapit, di sini semalam.

Turut hadir Menteri Kerja Raya Malaysia merangkap Ahli Parlimen Kapit Datuk Sri Alexander Nanta Linggi, Adun Pelagus Wilson Nyabong Anak Ijang, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Rusli Jaafar dan pemimpin setempat.

Beliau berkata sehingga 31 Disember tahun lalu sebanyak 1,159 buah koperasi didaftarkan dengan jumlah anggota seramai 310,125 orang dan syer atau yuran terkumpul sebanyak RM224.38 juta.

“Manakala jumlah aset terkumpul berjumlah RM647.49 juta dengan sumbangan perolehan oleh gerakan koperasi di Sarawak pada tahun 2022 berjumlah RM392.59 juta.

“Statistik ini memperlihatkan perkembangan positif dan menunjukkan bahawa masyarakat semakin menerima dan berkeyakinan bahawa koperasi sebagai satu entiti perniagaan yang mampu meningkatkan pendapatan dan ekonomi mereka,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement