Anda di sini

Malaysia-Indonesia laksana kawalan sempadan bendung aktiviti haram

Advertisement
Gambar fail
Gambar fail

JAKARTA: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Nasional Indonesia (TNI AD) kini terlibat dalam operasi rondaan selama sembilan hari di sepanjang sempadan darat bersama di Sabah dan Kalimantan Utara.

TNI AD dalam satu kenyataan berkata operasi itu memberi tumpuan khusus untuk memerangi pelbagai aktiviti haram, termasuk pembalakan, perlombongan, pemerdagangan orang, lintasan sempadan tanpa kebenaran dan penyeludupan barangan.

Operasi dikenali Rondaan Terkoordinasi Siri II/2023 itu dimulakan dengan upacara pembukaan rasmi yang berlangsung di pos keselamatan Simanggaris Indonesia di Kalimantan Utara pada Sabtu.

Kerjasama ini menekankan komitmen kedua-dua negara untuk meningkatkan keselamatan sempadan dan menangani pelbagai cabaran keselamatan dan alam sekitar di kawasan sempadan.

Operasi bersama itu melibatkan anggota dari Batalion ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja ATM dan Batalion Artileri Pertahanan Udara Ke-8 TNI AD, yang bergerak dari Simanggaris ke Serudong di Tawau.

“Inisiatif ini juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan profesionalisme tentera di samping memupuk kerjasama dan persahabatan antara kedua-dua pasukan tentera,” kata TNI AD. - BERNAMA

Advertisement