Anda di sini

Penduduk hargai tindakan pantas MPS: John

Advertisement
 Lampu jalan yang memerlukan pembaikan segera.
SELESAI: Lampu jalan yang berjaya diselenggara.

SANDAKAN: Penduduk di Jalan Ulu Sibuga, Taman Mawar menghargai tindakan pantas Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) yang berjaya menyelesaikan kerosakan lampu jalan raya.

Ketua Masyarakat Cina Kapitan John Voon berkata, lampu berkenaan sudah lama rosak dan merisaukan penduduk.

Sementara itu katanya, satu lagi kerosakan lampu jalan berlaku di depan rumah bernombor 42, Lorong Sibuga 10, Taman Sibuga.

"Setelah aduan diterima, saya segera menyampaikan isu ini kepada pengetahuan MPS.

"MPS kemudian telah turun menyelesaikan masalah lampu di kedua-dua kawasan ini," katanya.

Beliau mewakili penduduk mengucapkan terima kasih atas tindakan pantas MPS mengenai perkara itu.
 

 Chew (kanan) ketika mengadakan tinjauan ke lokasi kerja-kerja naik taraf jalan.
TINJAU: Chew (kanan) ketika mengadakan tinjauan ke lokasi kerja-kerja naik taraf jalan.

Sementara itu, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Karamunting Datuk Chew Kok Woh telah turun padang melihat sendiri kerja-kerja naik taraf jalan raya di Bandar Ramai-Ramai.

Katanya, kerja naik taraf berkenaan kini pada tahap 25 peratus siap dan apabila siap nanti sudah pasti dapat memberikan kemudahan kepada para pengguna.

  • oleh
  • Advertisement