Anda di sini

Masalah tekanan air di Bandar Leila perlu penyelesaian segera

Advertisement
 Chew (tengah) ketika meninjau masalah tekanan air paip di Bandar Leila.
TURUN PADANG: Chew (tengah) ketika meninjau masalah tekanan air paip di Bandar Leila.

SANDAKAN: Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Karamunting sekali lagi menerima aduan mengenai tekanan bekalan air paip lemah di Bandar Leila di sini.

PPM Karamunting Datuk Chew Kok Woh berkata, kawasan berkenaan juga berhadapan dengan masalah sistem pembentungan yang tersumbat.

"Masalah tekanan air di sini sudah berlarutan selama 30 tahun, penduduk sini memaklumkan mereka yang tinggal di tingkat satu bangunan di sini juga sentiasa mengalami masalah berkenaan.

"Walaupun sudah berkali-kali aduan dibuat UPPM mengenai tekanan air lemah ini, tetapi tiada tindakan proaktif diambil pihak berwajib untuk menyelesaikan masalah itu," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau mencadangkan agar pihak berwajib memasang alat pengukur tekanan air di kawasan strategik bagi menilai dan mengkaji tekanan air mengikut waktu.

Hadir sama membuat tinjauan ialah Penyelia UPPM Karamunting Naz Lee dan Sukarelawan UPPM Johann MC.

 Terdapat kebocoran air paip di tepi parit jalan raya dan perlu dibaiki segera.
TINJAU: Terdapat kebocoran air paip di tepi parit jalan raya dan perlu dibaiki segera.

Sementara itu katanya, setelah menerima aduan mengenai kebocoran air paip daripada penduduk ketika berkunjung ke Futsal Batu 4 Jalan Borehole, pihaknya segera turun padang melakukan tinjauan.

"Tinjauan mendapati terdapat kebocoran air paip di tepi parit jalan raya dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Lok Yuk menuju ke Indah Jaya.

"Masalah ini sudah disampaikan kepada pihak berwajib," katanya.

Hadir sama membuat tinjauan ialah Pemaju Mukim UPPM Karamunting Syed Putra Ar-rahim.


 

  • oleh
  • Advertisement