Anda di sini

Wanita disyaki hina agama berjaya ditahan

Advertisement
JASMIN
JASMIN

TAWAU: Seorang wanita ditahan selepas disyaki menimbulkan ketegangan antara kaum dan agama di laman Facebook, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, sebanyak 11 laporan awam di buat di beberapa balai polis di negeri ini mengenai tindakan wanita berusia 43 tahun terbabit.

Katanya, empat laporan diterima oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, dua di Kudat dan masing-masing satu di Beaufort, Papar, Penampang, Tuaran dan Beluran.  

“Wanita terbabit sudah kita tahan kira-kira jam 8 malam, pada Selasa lepas dan direman sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan polis.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya ketika dihubungi media, di sini hari ini.

Menurutnya, masyarakat dinasihatkan supaya tidak terlalu emosi dan melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang sehingga boleh menimbulkan ketidakharmonian.

Dalam pada itu, Jasmin mengingatkan penduduk di daerah ini supaya tidak melakukan perbuatan melukis bendera Israel di atas jalan raya meskipun sebagai menyuarakan ketidakpuasan hati.

Katanya, tindakan itu adalah satu kesalahan vandalisme dan boleh dikenakan tindakan undang-undang, jika sabit kesalahan.

“Penduduk di daerah ini juga dinasihatkan tidak mengikut emosi susulan kejadian yang berlaku di Palestin dengan melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang negara,” katanya

Jasmin berkata, IPD Tawau sudah menerima tiga laporan berkaitan perbuatan melukis bendera Israel membabitkan di Jalan Merotai, Persimpangan Kampung Muhibbah Raya dan Bulatan Kampung Kinabutan Kecil, Batu 4, Jalan Apas.

  • oleh
  • Advertisement