Anda di sini

Polis tingkatkan rondaan cegah jenayah pada waktu malam

Advertisement
Anggota polis IPD Miri bersama Pegawai Perpaduan Bahagian Miri dan ahli KRT/SRS Pujut Utara melakukan rondaan di kawasan perumahan Pujut 7 dan 8.
Anggota polis IPD Miri bersama Pegawai Perpaduan Bahagian Miri dan ahli KRT/SRS Pujut Utara melakukan rondaan di kawasan perumahan Pujut 7 dan 8.

MIRI: Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri mempergiat usaha menjaga keselamatan serta membanteras  jenayah melalui rondaan malam di sekitar perumahan.

Bagi mencapai agenda tersebut, Kawasan Rukun Tetangga dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) Pujut Utara bersama BPJKK IPD Miri serta Pegawai Perpaduan Bahagian Miri melaksanakan rondaan cegah jenayah malam Sabtu lalu.

Sebelum rondaan dijalankan, satu sesi taklimat keselamatan dan tatacara rondaan telah disampaikan oleh Ketua Rondaan BPJKK IPD Miri Koperal Mohamad Jaffar Rosliee. 

Rondaan secara berkumpulan iaitu rondaan berjalan kaki dan kawasan tumpuan rondaan adalah sekitar kawasan perumahan dan kawasan yang sering menjadi sasaran penjenayah. 

Sepanjang rondaan dijalankan, pasukan rondaan memberi nasihat kepada penduduk agar sentiasa menjaga keselamatan harta benda.

Pada masa sama tidak meninggalkan barangan berharga di dalam kenderaan yang ditinggalkan di luar rumah.

Penduduk juga diberikan nombor telefon bilik gerakan IPD Miri agar dapat menyalurkan maklumat mengenai jenayah atau berada dalam kecemasan untuk mendapatkan bantuan polis.

Rondaan diadakan di kawasan perumahan Pujut 7 dan 8 dengan kekuatan anggota rondaan dua anggota BPJKK IPD Miri, dua Pegawai Perpaduan Bahagian Miri dan 18 ahli KRT/SRS Pujut Utara Miri.
 

  • oleh
  • Advertisement