Anda di sini

MUF 2023 jadi landasan cari penyelesaian kepada perubahan iklim

Advertisement
Dr abdul Rahman peda sidang media mengenai Forum Bandar Malaysia (MUF) 2023. - Gambar UKAS
Dr abdul Rahman peda sidang media mengenai Forum Bandar Malaysia (MUF) 2023. - Gambar UKAS

KUCHING: Forum Bandar Malaysia (MUF) 2023 menjadi landasan untuk mencari penyelesaian kepada perubahan iklim yang sedang dihadapi oleh Malaysia pada masa ini selari dengan perbandaran yang semakin pesat.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata MUF 2023 mencari penyelesaian dan tindakan yang dapat dilakukan bagi mencapai pembangunan yang mampan dan berdaya tahan.

Memetik Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), jelas Dr Abdul Rahman melalui usaha itu, MUF 2023 juga teruja untuk belajar bersama-sama inisiatif terbaik untuk mencapai sasaran tersebut.

"MUF 2023 menyasarkan untuk bersama-sama dengan semua pihak berkepentingan mencari penyelesaian dan belajar daripada ‘amalan terbaik’ mana-mana pihak dalam usaha bertindak dengan lebih berkesan dan transformatif demi mencapai pembangunan yang mampan dan berdaya tahan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Forum Bandar Malaysia (MUF) 2023 di ibu pejabat Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) di sini pada hari ini.

MUF 2023 bertemakan ‘Memangkin Tindakan Transformatif Untuk Perbandaran Mampan dan Berdaya Tahan’ dianjurkan oleh Urbanice Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Sarawak dan DBKU selaku tuan rumah.

Untuk makluman, MUF dicatatkan sebagai acara persidangan pembangunan mampan terbesar di Malaysia yang akan disertai lebih 300 penceramah dan ahli panel daripada lebih 106 sesi forum dan acara terbuka.

Selain itu, acara tersebut menyasarkan sebanyak 5,000 penyertaan dan mengalu-alukan semua lapisan masyarakat untuk menyertai forum yang diadakan secara terbuka dan percuma.

Hadir sama Datuk Bandar Kuching Utara Hilmy Othman, Pengarah DBKU Mohamad Khaidir Abang dan Ketua Eksekutif Urbanice Malaysia Norliza Hashim.
 

Advertisement