Anda di sini

Lelaki terjun dari Jambatan Kuap selamat 

Advertisement
Pasukan bomba tiba di lokasi kejadian pagi tadi. - Gambar JBPM
Pasukan bomba tiba di lokasi kejadian pagi tadi. - Gambar JBPM

KUCHING: Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an selamat selepas tular video papan pemuka atau 'dashcam' yang menunjukkannya terjun dari Jambatan Kuap di Kuching-Samarahan Expressway hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memberitahu, pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 11.19 pagi dan segera mengerahkan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Kota Samarahan ke lokasi kejadian.

Bagaimanapun setibanya Unit EMRS di lokasi katanya, mangsa tiada lagi di tempat kejadian.

“Mangsa dikatakan telah dibawa balik oleh ahli keluarganya sebelum ketibaan pihak bomba. 

“Maklumat mangsa tidak dapat diperolehi. Setelah memastikan keadaan di lokasi selamat, Unit EMRS bertolak balik ke balai,” ujarnya menerusi satu kenyataan.

Terdahulu, tular video di media sosial yang menunjukkan seorang lelaki berpakaian serba merah terjun dari Jambatan Kuap dalam kejadian sekitar jam 10.38 pagi itu.

Dalam video tersebut juga, lelaki itu dilihat meninggalkan sebuah kenderaan di jambatan tersebut sebelum terjun ke dalam sungai.

  • oleh
  • Advertisement