Anda di sini

Program Belia Sayang Kampung dapat sambutan menggalakkan

Advertisement
 Sebahagian masyarakat serta belia yang hadir merakamkan gambar kenangan bersama Matbali dan Mazlan sempena program itu.
ALBUM: Sebahagian masyarakat serta belia yang hadir merakamkan gambar kenangan bersama Matbali dan Mazlan sempena program itu.


BEAUFORT: Penganjuran program Belia Sayang Kampung yang diadakan di Kampung Lupak anjuran Majlis Belia Sabah (MBS) mendapatkan sambutan yang menggalakkan daripada penduduk serta golongan golongan belia setempat.


Program kerjasama Gabungan Persatuan Belia Pedalaman Bawah dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) itu telah dirasmikan Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah.


Pengerusi Tetap MBS merangkap Pengerusi Gabungan Persatuan Belia Pedalaman Bawah, Mazlan Joehari Manan turut hadir sama memeriahkan majlis yang diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Lupak.


Pelbagai acara dan aktiviti menarik dilaksanakan sepanjang program Belia Sayang Kampung yang membabitkan beberapa agensi kerajaan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Perkeso dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

 Mazlan (tiga kiri) menyampaikan cenderahati kepada Matbali (tiga kanan) sempena majlis itu.
 HARGAI: Mazlan (tiga kiri) menyampaikan cenderahati kepada Matbali (tiga kanan) sempena majlis itu.


Jualan Rahmah turut diadakan pada program sehari itu bagi memberi peluang kepada penduduk kampung dan masyarakat setempat mendapatkan barangan keperluan dengan harga murah sekaligus mengurangkan beban rakyat.

 Belia-belia yang terlibat dalam program Belia Sayang Kampung merakamkan gambar album dengan Matbali sempena majlis itu.
GEMBIRA: Belia-belia yang terlibat dalam program Belia Sayang Kampung merakamkan gambar album dengan Matbali sempena majlis itu.


Matbali yang juga Pengerusi Lembaga Pengelola Lembaga Koko Malaysia (LKM) dalam ucapannya menyambut baik penganjuran program Belia Sayang Kampung dan menyeru supaya ia diperluaskan di semua kampung dalam kawasan Parlimen itu.


Katanya, ia wajar kerana selain melibatkan peranan utama orang muda sekaligus mampu melahirkan belia berwawasan, program itu juga dapat memenuhi keperluan sosial masyarakat setempat.


"Melalui program ini juga, sebarang agenda pembangunan kerajaan dapat disampaikan kepada masyarakat dan pada masa sama mampu mengukuhkan hubungan di antara kita dan belia," katanya.

MAZLAN
MAZLAN


Sementara itu, Mazlan ketika ditemui pemberita berkata, objektif program itu adalah untuk menggalakkan belia untuk terlibat aktif dalam aktiviti sosial dan kemasyarakatan.


Pada masa sama katanya, dapat mendidik belia untuk menyediakan diri sebagai pemimpin pelapis di masa depan sebagaimana pemerkasaan golongan muda di bawah agenda pembangunan Kerajaan Perpaduan.


"Program ini juga bagi memenuhi inisiatif kerajaan yang sentiasa prihatin dengan aspek pembangunan belia negara dan usaha itu telah dizahirkan menerusi Belanjawan Madani yang dibentangkan, baru-baru ini.


"Pelbagai inisiatif untuk kepentingan belia diperkenalkan di bawah belanjawan ini yang melibatkan jumlah peruntukan yang besar, sekaligus memberi manfaat kepada golongan ini di semua peringkat," katanya.

 Mazlan (tiga kiri) menyampaikan cenderahati kepada Matbali (tiga kanan) sempena majlis itu.
 HARGAI: Mazlan (tiga kiri) menyampaikan cenderahati kepada Matbali (tiga kanan) sempena majlis itu.
  • oleh
  • Advertisement