Anda di sini

Lelaki asing miliki nombor loteri haram didenda

Advertisement
 

MIRI: Seorang lelaki warga asing didenda RM1,200 atau dua minggu penjara oleh Mahkamah Majistret hari ini atas kesalahan memiliki beberapa nombor loteri haram.
    
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh supaya dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tujuan pengusiran setelah selesai membayar denda kelak.
    
Hukuman itu dijatuhkan Majistret Randu Rangen setelah Dann Ai Halilulla dari Filipina mengaku bersalah atas tuduhan yang dibacakan terhadapnya mengikut Seksyen 9 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1963.
    
Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara hingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.
    
Menurut keterangan kes, tertuduh didapati ada memiliki beberapa keping kertas yang tercatat nombor-nombor yang merupakan nombor loteri awam haram.
    
Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 6.30 petang, 18 Oktober lalu di hadapan sebuah lot di Jalan Pujut Corner di sini.
    
Pendakwaan dilakukan Inspektor Mudzilawati Abdul Rahman, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

  • oleh
  • Advertisement