Anda di sini

Nahas kereta api di Bangladesh ragut 15 nyawa, lebih 100 cedera 

Advertisement
Anggota penyelamat Bangladesh menjalankan operasi menyelamat selepas dua kereta api bertembung di Bhairab, kelmarin. — Gambar AFP
Anggota penyelamat Bangladesh menjalankan operasi menyelamat selepas dua kereta api bertembung di Bhairab, kelmarin. — Gambar AFP

DHAKA: Sekurang-kurangnya 15 orang maut dan 100 orang lagi tercedera di Bangladesh selepas dua kereta api bertembung kelmarin, dengan pihak berkuasa menyatakan mereka bimbang angka kematian akan meningkat.

Nahas di bandar timur Bhairab melihat kereta api muatan melanggar kereta api penumpang yang bergerak dari arah bertentangan, menyebabkan dua gerabak tergelincir dari landasan, menurut pihak berkuasa.

“Kami menemui 15 mayat, ramai yang tercedera,” kata Sadiqur Rahman, pegawai pentadbir kerajaan di Bhairab, yang terletak kira-kira 60 kilometer (38 batu) di timur laut ibu negeri Dhaka.

“Angka kematian akan meningkat,” menurut Rahman, dengan anggota penyelamat melaporkan mereka masih dapat melihat mayat yang terhimpit dan terperangkap di bawah gerabak yang terbalik.

Sekurang-kurangnya 100 orang tecedera, tambah beliau.

Kemalangan itu berlaku pada kira-kira jam 4 petang waktu tempatan apabila sebuah kereta api memasuki landasan yang sama dengan sebuah lagi, menurut Rahman.

Kemalangan kereta api biasa berlaku di Bangladesh dan selalunya berpunca daripada masalah isyarat yang tidak bagus, kecuaian, landasan lama dan infrastruktur lain yang usang. — AFP
 

Advertisement