Anda di sini

Iran penjarakan dua wartawan wanita

Advertisement
Gambar menunjukkan muka dua wartawan wanita Iran Niloufar Hamedi dan Elahe Mohammadi yang dimuat naik di laman Twitter, pada 22 November 2022. — Gambar AFP
Gambar menunjukkan muka dua wartawan wanita Iran Niloufar Hamedi dan Elahe Mohammadi yang dimuat naik di laman Twitter, pada 22 November 2022. — Gambar AFP

TEHRAN: Dua wartawan wanita Iran yang ditangkap kerana membuat laporan mengenai kematian Masha Amini, yang mencetuskan protes di seluruh negara pada tahun lepas, telah dijatuhkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun, menurut pihak kehakiman kelmarin.

Kematian Amini ketika dalam tahanan pada 16 September, 2022 selepas penahanannya oleh polis moraliti di Tehran kerana melanggar peraturan pakaian wanita yang tegas di Iran telah membawa kepada protes besar-besaran di seluruh negara.

Wartawan Elaheh Mohammadi dan Niloufar Hamedi didapati bersalah berkolaboratif dengan Amerika Syarikat, bersekongkol menentang keselamatan negara dan propaganda terhadap republik Islamik, menurut laman sesawang  kehakiman Mizan Online.

Mohammadi, 36, telah dijatuhkan hukuman penjara selama enam tahun bagi kolaboratif dengan Amerika Syarikat manakala Hamedi, 31, dijatuhkan hukuman tujuh tahun bagi kesalahan yang sama, menurut Mizan.

Kedua-dua mereka turut dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun setiap seorang bagi tuduhan konspirasi dan satu tahun setiap seorang untuk propaganda, menurut laman sesawang tersebut, sambil menambah hukuman akan dijalankan secara serentak.

Mohammadi, seorang wartawan bagi akhbar Ham Mihan dan Hamedi, seorang jurugambar akhbar Shargh, telah ditahan di penjara Evin di Tehran sejak September 2022, dengan perbicaraan mereka bermula pada Mei.

Keputusan hukuman terhadap mereka adalah tertakluk untuk rayuan, tambah Mizan.

Keputusan itu menyusul selepas penjatuhan hukuman terhadap peguam Amini, Saleh Nikbakht pada Selasa iaitu penjara setahun bagi propaganda menentang negara dan bercakap kepada media asing dan tempatan mengenai kes tersebut. – AFP

Advertisement