Anda di sini

Tiga lelaki cedera, lori terbabas masuk gaung

Advertisement
 Keadaan lori dinaiki mangsa selepas terbabas masuk ke dalam gaung.
TERBABAS: Keadaan lori dinaiki mangsa selepas terbabas masuk ke dalam gaung.

TUARAN: Tiga lelaki mengalami kecederaan selepas lori dinaiki terbabas sebelum jatuh ke dalam gaung di Jalan Tamparuli-Kiulu, Tamparuli di sini kelmarin.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata panggilan kecemasan berhubung kejadian diterima pada jam 12.42 tengah hari.

Katanya sepasuakn pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran bersama jentera penyelamat digerakkan ke lokasi sejauh 17 kilometer.

“Kemalangan membabitkan sebuah lori tiga tan dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan jatuh ke dalam gaung. 

“Terdapat tiga mangsa iaitu lelaki dewasa mengalami kecederaan ringan dalam kejadian ini,” katanya.

Tambahnya kesemua mangsa diserahkan kepada pihak ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya.

“Pasukan Bomba memastikan tiada unsur bahaya lain di lokasi dan operasi ditamatkan pada jam 1.25 petang,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement