Anda di sini

Penunggang motosikal maut bertembung kereta

Advertisement
 Keadaan kereta terbabit remuk selepas bertembung dengan motosikal mangsa.
REMUK: Keadaan kereta terbabit remuk selepas bertembung dengan motosikal mangsa.

SEMPORNA: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di jalan Kampung Sinallang Tengah, di sini tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna, Madzlan Sarman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.15 tengah hari.

“Seramai lima anggota dan pegawai bersama sebuah jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi.

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati kemalangan berkenaan membabitkan sebuah motosikal telah bertembung dengan kereta,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Katanya, seorang mangsa, penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan akibat kecederaan parah.

“Manakala, pemandu kereta terbabit mengalami kecederaan dan telah dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Madzlan berkata, pasukan bomba menjalankan operasi membersihkan kawasan kemalangan, sebelum operasi ditamatkan pada jam 1.10 petang.

  • oleh
  • Advertisement