Anda di sini

Lampin disangka bom, pesawat berpatah balik

Advertisement
Gambar hiasan


       
BANDAR PANAMA: Sebuah pesawat dari Panama ke Amerika Syarikat melakukan satu pusingan balik kelmarin selepas penemuan satu bungkusan yang mencurigakan di dalam tandas yang kemudian didapati sebagai lampin pakai buang dewasa, menurut pegawai di lapangan terbang.

Pihak pemgurusan penerbangan awam di Panama pada mulanya mengumumkan penerbangan Copa di antara Bandar Panama dan Tampa, Florida, terpaksa berpatah balik disebabkan oleh satu jangkaan bagi “amaran bom.”

Sebaik kembali di atas laluan, pesawat itu segera mengarahkan penumpang turun dan diperiksa oleh unit letupan polis.

Para ejen mendapati bahawa objek itu sebenarnya adalah “satu lampin pakai buang dewasa” yang dibungkus dengan baik dalam sebuah plastik sampah hitam, kata ketua keselamatan lapangan terbang Jose Castro.

Pihak polis menghantar sekeping gambar bungkusan yang mencurigakan melalui media sosial. – AFP
 

Advertisement