Anda di sini

Pelancong warga asing lemas semasa snorkeling

Advertisement
 Pasukan bomba mengangkat mayat mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
LEMAS: Pasukan bomba mengangkat mayat mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

SEMPORNA: Seorang pelancong lelaki warga China maut dipercayai lemas ketika melakukan aktiviti snorkeling di kawasan perairan sebuah resort di Pulau Bum-Bum di sini semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata panggilan kecemasan berhubung kejadian diterima pada jam 8.27 pagi.

Katanya sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Atas Air Semporna digerakkan ke lokasi yang terletak 15 kilometer terbabit.

“Maklumat awal memaklumkan terdapat seorang mangsa warganegara China berumur 25 tahun dikhuatiri hilang di laut semasa menjalankan aktiviti snorkeling berhampiran resort terbabit.

“Pasukan bomba kemudian menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan kaedah pencarian di permukaan air (Surface Searching) di kawasan mangsa dilaporkan hilang,” katanya.

Beliau berkata mangsa berjaya ditemukan oleh pasukan bomba pada jam 10:28 pagi di kawasan mangsa dilaporkan hilang. 

“Pasukan bomba mengangkat mayat mangsa dan dibawa ke Dataran Marin Semporna sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. 

“Operasi keseluruhan ditamatkan pada jam 10:50 pagi,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement