Anda di sini

AIM beri sokongan pembukaan Kampus INSKEN Sarawak

Advertisement
(Dari Kanan) Wahi Bol, Haryati Dahari, Datuk Ewon Benedick, Norsharizal Mashahrin, Abdul Hafiz Soni merakam gambar kenangan bersama.
(Dari Kanan) Wahi Bol, Haryati Dahari, Datuk Ewon Benedick, Norsharizal Mashahrin, Abdul Hafiz Soni merakam gambar kenangan bersama.

KUCHING: Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) memberi sokongan sepenuhnya kepada usaha pembukaan Kampus INSKEN Sarawak di Sarawak Plaza baru-baru ini.

Jurucakap AIM Sarawak, Abdul Hafiz Soni yang merupakan Penolong Pengurus Wilayah AIM Wilayah Sarawak berkata, AIM akan memberi kerjasama dan sokongan sepenuhnya kepada usaha INSKEN yang menawarkan inisiatif pembangunan usahawan melalui program-program latihan dan bimbingan. 

Perasmian kampus itu telah disempurnakan Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasing Berhormat Datuk Ewon Benedick baru-baru ini. 

Turut hadir Ketua Pegawai Kewangan AIM Norsharizal Mashahrin, Pengurus Kanan Wilayah AIM Sarawak Haryati Dahari, Timbalan Pengurus Wilayah Wahi Bol dan Penolong Pengurus Wilayah Jemat Itu Bujang.

Dalam pada itu, AIM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan sekalung tahniah kepada Muhd Firdaus Azharrudin selaku Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN di atas pembukaan Kampus INSKEN Sarawak. 

Tambah Abdul Hafiz, antara manfaat pembukaan Kampus INSKEN di Sarawak adalah lebih memudahkan kerjasama antara AIM khususnya penglibatan peserta AIM dari seluruh Sarawak yang mempunyai 17 Cawangan bermula dari Kuching hingga ke Lawas. 

Jelasnya, AIM memberi keyakinan untuk bekerjasama dan memberi sokongan sepenuhnya kepada usaha INSKEN yang menawarkan inisiatif pembangunan usahawan melalui program-program latihan dan bimbingan. 

Sebagai rekod, ramai peserta AIM (Sahabat Usahawan) sebelum ini telah menyertai pelbagai Program Latihan dan Bimbingan anjuran pihak INSKEN yang telah memberi impak positif kepada pembangunan Sahabat Usahawan AIM. 

Terdahulu, Kampus INSKEN Sabah juga turut dibuka pada Mei 2023.
 

  • oleh
  • Advertisement