Anda di sini

UCSF anjur program ‘Artisty In Science Outreach’, beri penekanan aspek sains, seni

Advertisement
 Rafiq menyampaikan hadiah kepada salah seorang wakil kumpulan dengan disaksikan oleh Ajelan.
HADIAH: Rafiq menyampaikan hadiah kepada salah seorang wakil kumpulan dengan disaksikan oleh Ajelan.
 Rafiq semasa memberi perkongsian kepada murid di majlis penutupan program.
PERKONGSIAN: Rafiq semasa memberi perkongsian kepada murid di majlis penutupan program.

TUARAN: University College Sabah Foundation (UCSF) dengan kerjasama Sabah Economic and Education Society menganjurkan Program ‘Artisty In Science Outreach’ yang disertai 100 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Penimbawan di sini.

Naib Canselor UCSF Dr Rafiq Idris berkata program ini adalah antara aktiviti ‘University Social Responsibility’ (USR) UCSF yang memberi penekanan kepada aspek sains dan juga seni.

“10 rombongan UCSF perlu menaiki bot dari jeti Kampung Serusop di sini bagi membolehkan kita sampai ke SK Penimbawan bagi menjayakan program itu.

“Antara pengisian program itu yang melibatkan murid Tahun 6 memberi fokus kepada aspek sains dan alam semula jadi,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata UCSF akan mengadakan aktiviti seumpama ini bagi mendekatkan dan mendedahkan masyarakat tentang peluang pendidikan yang ada di UCSF.

"UCSF akan terus mendekati komuniti serta sedia membantu berdasarkan bidang kepakaran universiti,” katanya.

Beliau turut memberikan dorongan dan semangat kepada murid SK Penimbawan pada majlis penutup program itu yang diadakan di sekolah berkenaan.

Sementara itu, Guru Besar SK Penimbawan Ajelan Setuh mengalu-alukan kunjungan rombongan UCSF dan percaya program suntikan semangat pendidikan itu lebih berkesan kerana melibatkan pihak Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) itu sendiri. 

Dalam pada itu, Pegawai Libat Sama Komuniti UCSF Sharmimiee berkata pembabitan universiti dalam masyarakat adalah satu pendekatan yang sangat baik dan akan diteruskan kepada komuniti yang lain.

  • oleh
  • Advertisement