Anda di sini

Politeknik Mukah adakan kursus haji, umrah kepada kakitangan dan pelajar

Advertisement
Sesi fotografi bagi mereka terlibat dalam kursus tersebut.
Sesi fotografi bagi mereka terlibat dalam kursus tersebut.

MUKAH: Politeknik Mukah (PMU) mengadakan kursus haji dan umrah kepada kakitangan serta pelajarnya di Dewan Serba Guna kampus tersebut di sini.

Ketua Jabatan Pengajian Am Fatin Faqeriah Hamsah berkata kursus itu merupakan topik-topik terkandung dalam silibus kursus Pengajian Islam yang dipelajari pelajar semester dua dalam Jabatan Perdagangan dan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Program itu diadakan bagi mendedahkan kepada pelajar ilmu pengetahuan dan kefahaman dengan lebih mendalam cara-cara pelaksanaan ibadah haji dan umrah.

Bagi mencapai hasil pembelajaran kursus Pengajian Islam, pembelajaran seperti itu sangat diperlukan bagi memastikan pencapaian kefahaman pelajar mencapai sasaran.

Di samping itu, kursus haji dan umrah juga merupakan pembelajaran sepanjang hayat di mana lonjakan ketiga daripada 10 lonjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dan Pengajian Tinggi.

"Program kursus haji dan umrah pada hari ini adalah berkonsepkan teori dan praktikal," katanya.

Melalui pembelajaran simulasi ini, ia dapat menarik minat pelajar mempelajari ilmu ibadah haji dan umrah berbanding kaedah pembelajaran dalam kelas sahaja sebelum ini.

Antara sesi pembelajaran dijalani adalah cara pemakaian ihram dengan betul, berwukuf, melakukan tawaf, saie dan tahallul. 

Pembelajaran seperti ini sangat penting kerana pelajar-pelajar dapat meniru dengan melakukan ibadah haji dan umrah seperti suasana sebenar.

Kursus yamh dihadiri seramai 62 peserta berlangsung sehari termasuk teori dan amali.

Di samping berkursus, Tabung Haji turut membuka kaunter untuk kemudahan warga PMU membuka akaun.

Majlis penutupan program itu disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PMU Sohpian Sout dan penceramah jemputan khas, Jailani Awang.

Turut hadir Pengurus Cawangan Tabung Haji Mukah Rolfandy Awi dan Pembantu Unit Pemasaran Tabung Haji Mukah Mohamed Sufian Zainul Abidin.

Advertisement