Anda di sini

MINTRED Sarawak adakan Bengkel Kesedaran dan Bimbingan Halal Usahawan Madani 2023

Advertisement
PKS Sarawak menghadiri Bengkel Kesedaran dan Bimbingan Halal Usahawan Madani 2023.
PKS Sarawak menghadiri Bengkel Kesedaran dan Bimbingan Halal Usahawan Madani 2023.

KUCHING: Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) Sarawak telah mengadakan Bengkel Kesedaran dan Bimbingan Halal Usahawan Madani 2023 pada 1 dan 2 Oktober lalu di sini.

Ia merupakan penganjuran hasil kerjasama pihaknya bersama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia (KUSKOP), Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), SME Bank dan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.

"Bengkel ini diadakan sempena Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Peringkat Wilayah Sarawak yang diadakan di Plaza Merdeka," kata kenyataan pihak MINTRED hari ini.

Bengkel bertujuan memberi kesedaran kepada usahawan Sarawak mengenai kepentingan pensijilan halal dan MeSTI.

Di samping itu, ia turut memberi pendedahan mengenai bantuan keusahawanan yang ditawarkan oleh agensi kerajaan. 

Program tersebut telah dihadiri seramai 73 pengusaha PKS dari seluruh Sarawak. 

Pensijilan halal merupakan satu jaminan kualiti kepada pengguna bahawa produk atau perkhidmatan yang disediakan adalah bersih dan selamat digunakan serta memenuhi keperluan dari segi syariat Islam.

Dalam aspek perniagaan pula, usahawan boleh meluaskan rangkaian pasaran produk dan perkhidmatan mereka bukan sahaja di Malaysia malah ke peringkat antarabangsa.

Bengkel selama dua hari itu dibahagikan kepada dua komponen iaitu kesedaran awal berkaitan pensijilan halal dan MeSTI pada hari pertama dan bimbingan permohonan pensijilan halal pada hari kedua. 

Advertisement