Anda di sini

Gagal tunjuk KP ketika diperiksa polis, warga emas didenda

Advertisement
 

MIRI: Gagal tunjuk kad pengenalan (KP) ketika diperiksa oleh pihak polis, seorang lelaki warga emas didenda RM150 atau sehari penjara oleh Mahkamah Majistret.
    
Hukuman itu dijatuhkan Majistret Nazira Adlin Ahmad Khairul Razi setelah tertuduh, Lipa Digun, mengaku bersalah atas tuduhan yang dibacakan terhadapnya mengikut Peraturan 25 (1) (n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara (PPN) 1990 dan dihukum di bawah Peraturan 25 (1) peraturan yang sama.
    
Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara hingga tiga tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
    
Menurut keterangan kes, Lipa, 59, dari Kampung Masjid, Kuala Baram, didapati gagal mengemukakan KP ketika diminta oleh pegawai polis untuk berbuat demikian bagi tujuan pemeriksaan.
    
Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 2.50 pagi, 17 September lalu di Jalan Miri-Bintulu di sini.
    
Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa Inspektor Mudzilawati Abdul Rahman, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

  • oleh
  • Advertisement