Anda di sini

HDC kini terima bayaran melalui aplikasi SPay Global 

Advertisement
 

KUCHING: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) kini mengumumkan menerima pembayaran ansurans pinjaman, sewa, caj penyelenggaraan melalui aplikasi SPay Global atau Sarawak Pay.      

Pelanggan yang berurusan dengan HDC kini boleh membuat pembayaran secara 'e-wallet' dengan mengimbas kod QR SPay Global di penyata kira-kira yang terkini.    

Ketua Pegawai Eksekutif HDC Fathi Hambali (gambar)berkata, kaedah pembayaran melalui SPay Global mula digunakan sejak Julai lepas bagi memudahkan urusan pembayaran.    

"Mengenai penambahan kaedah pembayaran ini, HDC masih menerima pembayaran melalui JomPay, BIMB Merchant, Kaunter UTC, Virtual Akaun, Kaunter pembayaran HDC dan Kaunter bergerak berjadual Pinjaman Rumah Panjang," katanya.    

Fokus utama HDC melancarkan pembayaran melalui SPay Global ini adalah untuk menggalakan aplikasi pembayaran tanpa tunai yang lebih mudah, pantas dan selamat.

Untuk sebarang pertanyaan berhubung pembayaran SPay Global HDC, sila hubungi 082 444420.
 

Advertisement