Anda di sini

BLDP lapor hasil RM2.46 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2023

Advertisement
Pengerusi Eksekutif BLDP Dato Henry Lau Lee Kong (tiga kiri) mempengerusikan AGM ke-21 BLDP yang berlangsung di Kuching, hari ini.
Pengerusi Eksekutif BLDP Dato Henry Lau Lee Kong (tiga kiri) mempengerusikan AGM ke-21 BLDP yang berlangsung di Kuching, hari ini.

KUCHING: BLD Plantation Bhd (BLDP) melaporkan hasil sebanyak RM2.46 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2023.

Menurut kenyataan akhbar dikeluarkan BLDP keuntungan sebelum cukai kumpulan itu bagi tahun kewangan tersebut lebih rendah iaitu RM43.9 juta berbanding RM112.6 juta yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.

Faktor utama menyumbang kepada penurunan kadar keuntungan itu ialah purata harga jualan produk yang lebih rendah dan perubahan tidak menggalakkan dalam Nilai Saksama Aset Biologi.

Para pemegang saham BLDP telah meluluskan semua resolusi untuk Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-21 hari ini melalui undian.

Sementara itu, pada 26 Julai 2023, BPLD mencadangkan dividen peringkat pertama dan terakhir sebanyak 3 sen sesaham biasa bagi tahun kewangan berakhir 26 Oktober 2023 yang diluluskan oleh pemegang sahamnya semasa AGM.

Pembayaran dividen sebanyak RM2.805 juta akan dibayar pada 26 Oktober 2023 kepada pemegang saham yang namanya tercatat dalam Rekod Pendeposit pada 3 Oktober 2023.

Dalam perkembangan lain, BLDP menerusi kenyataan akhbar sama berkata, projek penanaman semula (kelapa sawit) sedang berjalan dan Kumpulan itu akan meneruskan projek itu dengan mengambil kira pelbagai faktor.

Menurutnya faktor-faktor yang perlu diambil kira ialah profil umur kelapa sawit, hasil tanamannya, keperluan modal, pergerakan harga minyak sawit dan daya maju ekonomi pokok kelapa sawit sedia ada.

Semua faktor itu menyumbang kepada aliran tunai positif kepada operasi Kumpulan, tambahnya.
 

Advertisement