Anda di sini

CelcomDigi pelawa rakyat Malaysia cipta karya Hari Malaysia yang ikonik

Advertisement
Jom cipta iklan Hari Malaysia bersama CelcomDigi.
Jom cipta iklan Hari Malaysia bersama CelcomDigi.

KUCHING: CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) mempelawa seluruh rakyat Malaysia berpadu tenaga dan mencipta sebuah karya Hari Malaysia yang ikonik untuk dibintangkan dalam iklan kolaboratif Hari Malaysia yang terbesar dalam negara. 

Diilhamkan oleh semangat perpaduan dan tema Hari Kebangsaan kita tahun ini ‘Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’, CelcomDigi berhasrat menyatukan rakyat Malaysia melalui sebuah karya unik yang mempamerkan kemajmukan serta pelbagai budaya yang mewarnai negara kita.

Malaysia membawakan erti yang berbagai bagi setiap warganya, jadi ini merupakan satu peluang yang menarik untuk rakyat Malaysia meluahkan apa yang mereka suka tentang negara ini dan mengapa mereka berbangga untuk bergelar rakyat Malaysia. 

Rakyat Malaysia boleh mengambil bahagian dalam projek #CelcomDigiHariMalaysia yang istimewa ini mengikuti cara berikut.

Langkah pertama, cungkil kreativiti dan ambil gambar Malaysia yang anda cintai dari perspektif anda.

Langkah dua, muat naik gambar tersebut pada laman Instagram anda dengan tanda pagar #CelcomDigiHariMalaysia.

Manakala langkah tiga, pastikan profil anda boleh ditatap oleh umum. 

Penghantaran gambar diterima mulai hari ini hingga 12 September 2023, jam 11:59 malam.

Hantar sebanyak gambar yang anda inginkan untuk berpeluang menyaksikan gambar anda dipamerkan pada 16 September ini di lebih 60 papan iklan digital yang menghiasi outlet-outlet Celcom Bluecube dan Digi Store seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://cd.link/cdharimalaysia.

Advertisement