Anda di sini

Warga emas cedera dihempap dahan pokok

Advertisement
Bomba membantu mangsa yang mengalami kecederaan selepas dihempap dahan pokok hari ini.
Bomba membantu mangsa yang mengalami kecederaan selepas dihempap dahan pokok hari ini. - Gambar JBPM Sarawak

KUCHING: Seorang warga emas mengalami kecederaan selepas dihempap dahan pokok ketika melakukan kerja penebangan di Kampung Buso, Bau, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memberitahu, pihaknya menerima laporan kejadian terbabit sekitar jam 4.11 petang.

Menurutnya, sebaik menerima laporan, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bau bergegas ke lokasi kejadian.

"Setiba di lokasi, pasukan mendapati seorang lelaki berumur 71 tahun dihempap dahan pokok di bahagian kaki kanan ketika menebang sebatang pokok.

"Mangsa mengalami kecederaan di kaki kanan dan luka kecil di bahagian mulut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, mangsa bagaimanapun telah berjaya dikeluarkan oleh jirannya ketika pasukan keluaran operasi sampai di lokasi kejadian.

Mangsa diberikan rawatan awal oleh anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) sebelum diserahkan kepada pihak ambulans Bau untuk tindakan selanjutnya.

  • oleh
  • Advertisement