Anda di sini

Hujan lebat tidak menghalang lebih 20,000 penganut Kristian hadiri Malam Pentakosta

Advertisement
Hujan lebat tidak menghalang lebih 20,000 penganut Kristian hadiri Malam Pentakosta
Antara penganut Kristian dari seluruh Sarawak, Indonesia, Singapura dan Brunei yang menghadiri Malam Pentakosta di Padang Jubli, malam Khamis. - Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Hujan lebat tidak menghalang lebih 20,000 penganut Kristian daripada menghadiri Malam Pentakosta di Padang Jubli di sini malam Khamis.

Malam Pentakosta yang diadakan selama dua malam itu turut menampilkan Pastor Philip Mantofa dari Surabaya, Indonesia, dimulakan dengan pujian dan penyembahan.

Pengerusi penganjur Datuk Janang Bungsu memberitahu The Borneo Post bahawa umat yang datang adalah dari seluruh Sarawak, termasuk Limbang, Lawas, dan Miri, serta dari Indonesia, Singapura, dan Brunei.

Pastor Philip Mantofa semasa berkhutbah pada malam pertama penganjuran Malam Pentakosta. - Gambar Roystein Emmor
Pastor Philip Mantofa semasa berkhutbah pada malam pertama penganjuran Malam Pentakosta. - Gambar Roystein Emmor

"Itu benar-benar menyentuh hati saya. Walaupun hujan lebat, mereka ini tetap di sini. Malah ada antara mereka yang datang ke sini sejak jam 2 petang.

"Sebanyak 88 bas telah kita sewa khas untuk penduduk di kawasan pedalaman. Kami mahu memberkati paderi luar bandar kami juga.

"Beberapa guru yang mengetuai kelab Persekutuan Kristian Antara Sekolah di sekolah juga akan membawa pelajar ke sini," kata Janang.

Datuk Janang Bungsu. - Gambar Roystein Emmor
Datuk Janang Bungsu. - Gambar Roystein Emmor

Sementara itu, Pastor Philip juga mengalu-alukan kehadiran mereka terutama yang sakit untuk menghadiri perhimpunan malam kedua kerana akan ada penyembuhan.

"Bawalah orang yang sakit, kerana kami akan mendoakan mereka. Mereka yang sakit akan sembuh," tambahnya.

Pintu dibuka pada jam 5 petang, manakala acara akan bermula pada jam 7 malam.
 

Advertisement