Anda di sini

Dua korban banjir kilat di Istanbul

Advertisement
 


ISTANBUL: Dua orang maut kelmarin dalam banjir kilat akibat hujan lebat yang mengubah jalan raya di Istanbul menjadi sungai yang mengalir deras, kata pihak berkuasa.

Hujan ribut pada waktu malam telah membanjiri separuh sebuah stesen kereta api bawah tanah serta memaksa pemindahan ramai orang dari sebuah perpustakaan bandar, menurut laporan media.

Gambar di televisyen dan media sosial menunjukkan air yang mengalir deras, menghanyutkan kereta dan gerai di bandar tersebut.

Pejabat gabenor mengesahkan dua orang meninggal dunia.

Hujan yang diikuti dengan musim panas yang agak kering telah menyebabkan tadahan air di bandar yang mempunyai seramai 16 juta penduduk itu merosot ke tahap terendah selama sembilan tahun.

Perkhidmatan kecemasan Turkiye berkata dua orang turut maut kelmarin serta empat lagi hilang dalam banjir yang melanda  bandar barat laut Kirklareli. — AFP
 

Advertisement