Anda di sini

Penduduk mahu kemudahan rosak diselenggara segera

Advertisement
 Chew (kiri) ketika meninjau masalah yang dihadapi penduduk di sekitar Jalan Borehole No. 5.
TINJAU: Chew (kiri) ketika meninjau masalah yang dihadapi penduduk di sekitar Jalan Borehole No. 5.

SANDAKAN: Penduduk di kawasan Jalan Borehole No. 5 di sini mahu pihak berwajib mengambil perhatian terhadap beberapa kemudahan yang rosak.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Karamunting Datuk Chew Kok Woh berkata, ketika turun meninjau di kawasan berkenaan, beliau mendapati seorang penduduk tidak menerima bekalan air sejak Jabatan Air membaiki kebocoran paip yang berlaku di sekitar lokasi itu.

"Sehingga kini, bekalan air ke rumah penduduk itu terputus dan perkara ini sudah saya sampaikan kepada pihak Jabatan Air untuk tindakan susulan.

"Selain itu, saya juga mendapati terdapat dua tiang lampu milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) telah condong dan berisiko tumbang apabila cuaca buruk dengan angin kencang," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, terdapat juga tiang lampu jalan raya di sekitar kawasan itu telah rosak dan masing-masing masalah berkenaan sudah dilaporkan kepada pihak SESB dan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS).

"Saya berterima kasih kepada penduduk yang memaklumkan masalah itu kepada kami, saya  menyeru agar Jabatan Air segera membaiki sambungan air ke rumah penduduk ini kerana sudah empat hari tidak menerima bekalan air," katanya.

Hadir sama membuat tinjauan ialah Pegawai Pembangunan Komuniti Karamunting Chau Wai Chun, Pemaju Mukim Syed Putra Ar-rahim dan Ricky Voon.

  • oleh
  • Advertisement