Anda di sini

Arthur hargai jalinan kerjasama NGO bekal kuasa elektrik ke kawasan pedalaman Sabah

Advertisement
 Arthur merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian yang terlibat dalam membina satu sistem hidroelektrik di Kg Dubulon.
ALBUM: Arthur merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian yang terlibat dalam membina satu sistem hidroelektrik di Kg Dubulon.


PENSIANGAN: Kampung Dubolon sebuah perkampungan yang terpencil di Mukim Pensiangan kini dapat menikmati bekalan elektrik yang stabil hasil pembinaan sistem hidroelektrik.


Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, sistem yang mampu membekalkan bekalan elektrik itu merupakan hasil kerjasama Badan Bukan Kerajaan (NGO) Light Up Borneo bersama Syarikat swasta, reNIKOLA Malaysia dan Thomas Philip.


"Melalui sistem hidroelektrik itu, ia mampu menjana sehingga 3kW tenaga dan berkeupayaan untuk beroperasi sepanjang masa (24 jam) bagi membekalkan tenaga letrik secara percuma kepada kampung ini.


"Pada masa yang sama sistem air graviti yang digunakan mempunyai pelbagai kegunaan antaranya membekalkan air kepada kawasan sawah.


"Masyarakat di Kampung Dubolon turut diberi pendedahan dan juga latihan dalam aspek pengoperasian serta penyelenggaraan sistem mesin berkenaan, " katanya.


Mengulas lanjut, Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan memberitahu, setakat ini NGO itu telah membantu mewujudkan sistem hidroelektrik di empat buah kampung di sekitar termasuk Kg Siatu, Kg Sumohong, Kg Sibangali dan Kg Dubulon.

 
"Saya sangat berterima kepada semua pihak termasuk NGO Light Up Borneo, Persatuan Kenderaan Pacuan 4 roda (4x4) dan reNIKOLA Malaysia serta Thomas Philip yang sudi bekerjasama untuk membantu penduduk dalam kawasan yang luas dan jauh ini.


"Walaupun projek ini mungkin dikira kecil tetapi saya percaya ia membawa impak yang sangat baik dan besar kepada komuniti,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement