Anda di sini

MR D.I.Y. diiktiraf sebagai Syarikat Terbaik dalam Anugerah Kelestarian & CSR Malaysia 2023 

Advertisement
Azlam (tengah) menerima anugerah daripada Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (dua kiri).
Azlam (tengah) menerima anugerah daripada Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (dua kiri).

KUALA LUMPUR: Peruncit perkakas, MR D.I.Y. Group (M) Berhad (MR D.I.Y) dinobatkan sebagai Syarikat Terbaik (Peruncit Perkakas Rumah) atas sumbangan besarnya terhadap inisiatif komuniti, alam sekitar, dan tempat kerja dalam Anugerah Kelestarian & Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Malaysia 2023. 

Anugerah tersebut dianjurkan oleh ‘CSR Malaysia’, sebuah inisiatif di bawah Pertubuhan Amal Tanggungjawab Kemapanan dan Korporat Malaysia yang bertujuan untuk mengiktiraf kejayaan cemerlang syarikat korporat di Malaysia dalam peranan mereka sebagai pemacu transformasi sosioekonomi dan alam sekitar Malaysia. Anugerah itu telah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato Sri Nancy Shukri sebagai penghargaan terhadap usaha dan pencapaian mereka. 

Panel juri sosial telah memilih 61 penerima anugerah berdasarkan kepada kriteria berikut: amalan syarikat yang selari dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan memastikan ia tidak bercanggah dengan SDG; syarikat mempunyai tujuan serta matlamat inisiatif kelestarian yang jelas, dengan impak yang signifikan; kerap menganjurkan acara, memberikan sumbangan besar; telus dalam membuat pelaporan; pelaksanaan kreatif; mempunyai pasukan kelestarian yang mantap dan inisiatif yang ikhlas serta berkesan.

Pengerusi Kumpulan MR D.I.Y., Dato’ Azlam Shah Alias ketika mengulas mengenai penerimaan anugerah itu berkata, “Pengiktirafan ini menjadi bukti kepada komitmen kami dalam memacu perubahan positif dalam komuniti di sekeliling kami, memupuk alam sekitar yang lebih lestari, dan menyenggara tempat kerja yang menyokong dan inklusif. Kami mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa penganjur dan panel juri atas pengiktirafan ini.”
Majlis Anugerah Kelestarian dan CSR itu telah diadakan di Mandarin Oriental Hotel, Kuala Lumpur pada 26 Julai 2023. 55 syarikat dan 6 personaliti cemerlang telah diiktiraf dalam 61 kategori, dan MR D.I.Y. merupakan pemenang tunggal Syarikat Terbaik (Peruncit Perkakas Rumah) atas sumbangan besarnya dalam kategori inisiatif komuniti, alam sekitar dan tempat kerja. 

Ini merupakan anugerah pertama dalam bidang Kelestarian dan CSR yang diterima oleh Kumpulan MR D.I.Y. daripada CSR Malaysia. Pada tahun 2021, kumpulan itu telah disenaraikan dalam Indeks FTSE4Good Bursa Malaysia dan menerima  anugerah kelestarian sebagai Pendatang Baru Terbaik dalam kategori Ekuiti semasa Anugerah The Edge ESG pertama pada tahun 2022. 
 

  • oleh
  • Advertisement