Anda di sini

Lelaki warga Filipina ditahan, cuba seludup 4,200 telur penyu

Advertisement
 Cubaan lelaki warga Filipina menyeludup masuk 4,200 telur penyu gagal apabila ditahan PPM di perairan Sandakan.
TAHAN: Cubaan lelaki warga Filipina menyeludup masuk 4,200 telur penyu gagal apabila ditahan PPM di perairan Sandakan.

KOTA KINABALU: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup masuk 4,200 telur penyu ke negeri ini selepas menahan sebuah bot di perairan Sandakan.

Menurut sumber, kejayaan rampasan itu dibuat menerusi pelaksanaan Op Taring Gelora kira-kira jam 7.30 malam oleh PPM Sandakan.

“PPM Sandakan mengesan sebuah bot yang bergerak dalam keadaan mencurigakan sebelum menahan bagi operasi pemeriksaan.

“Semasa diperiksa, terdapat seorang lelaki warga Filipina berumur 57 tahun bersama bot yang penuh dengan muatan 4,200 biji telur penyu,” katanya.

Tambahnya kesemua telur penyu itu dipercayai cuba diseludup masuk ke daerah ini dari Filipina.

“Nilai rampasan telur penyu dianggarkan berjumlah RM8,400 manakala nilai keseluruhan rampasan bot dan telur penyu berkenaan berjumlah RM27,400,” katanya.

Sementara itu, Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan rampasan berkenaan. 

"Tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah untuk tindakan lanjut," katanya.

  • oleh
  • Advertisement