Anda di sini

Warga emas cedera terjatuh di jalan

Advertisement
Pasukan APM Miri membawa warga emas terbabit ke Hospital Miri bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Pasukan APM Miri membawa warga emas terbabit ke Hospital Miri bagi mendapatkan rawatan lanjut.

MIRI: Seorang lelaki warga emas mengalami kecederaan luka di dahi selepas ditemui terjatuh oleh orang awam di Morsjaya di sini, hari ini. 

Menurut jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Miri, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian terbabit kira-kira jam 7.38 pagi. 

“Sepasukan empat anggota APM diketuai Sarjan Mejar (PA) Andan Ngidang bergegas ke lokasi kejadian sejurus terima panggilan berkenaan. 

“Setibanya di lokasi terus berjumpa dengan pengadu lelaki berusia 37 tahun yang menyatakan telah melihat seorang lelaki warga emas terjatuh di jalan dan mengalami kecederaan luka terbuka bahagian kiri dahinya,” katanya dalam satu kenyataan media di sini. 

Pasukan APM kemudiannya memeriksa keadaan mangsa yang dianggarkan berusia 80-an. 

“Skuad membuat rawatan awal dengan membalut luka di bahagian kiri dahi mangsa dengan menggunakan pembalut. 

“Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Miri bagi mendapatkan rawatan selanjutnya,” ujarnya. 

Advertisement