Anda di sini

Peluang melanjutkan pelajaran ke Politeknik Mukah

Advertisement
 

MUKAH: Semua lepasan pelajar sekolah menengah dinasihati agar tidak terlepas peluang untuk melanjutkan pelajaran ke Politeknik Mukah (PMU) dengan tawaran program yang sesuai. 

Sesiapa berminat, boleh membuat semakan tentang program yang layak dipohon oleh pelajar melalui pautan http://ambilan.mypolycc.edu.my/esemak/index.asp. 

Permohonan boleh dibuat di https://ambilan.mypolycc.edu.my/semakanpoliteknik/diploma/index.asp.

Antara program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang masih mempunyai kekosongan ditawarkan oleh PMU adalah Diploma Kejuruteraan Awam, Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi), Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) dan Diploma Perakaunan.

PMU merupakan salah sebuah institusi pendidikan yang telah mendapat pengiktirafan program oleh Malaysian Qualifications Agencies (MQA) dan Engineering Technology Acreditation Council (ETAC).

PMU juga menawarkan yuran pengajian berpatutan iaitu yuran pengajian hanya serendah RM200 sahaja dan kolej kediaman juga disediakan kepada semua pelajar. 

Peluang pelajar untuk melanjutkan pengajian diperingkat ijazah di institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta juga terbuka luas.

Di samping itu, PMU mempunyai tenaga pengajar berpengalaman dan berkelayakan, serta mempunyai hubungan yang baik dengan pihak industri.

PMU juga terbukti telah terbukti melahirkan graduan yang mempunyai nilai kebolehpasaran tinggi.

Maklumat lanjut mengenai permohonan boleh hubungi talian 084-874001.

  • oleh
  • Advertisement