Anda di sini

Basmi kemiskinan melalui pembangunan keusahawanan agenda KUSKOP: Ewon

Advertisement
 Ewon merakamkan gambar kenangan ketika hadir di Karnival Sahabat Usahawan AIM Wilayah Terengganu.
KENANGAN: Ewon merakamkan gambar kenangan ketika hadir di Karnival Sahabat Usahawan AIM Wilayah Terengganu.
 Ewon melihat salah satu produk yang dijual semasa Karnival Sahabat Usahawan AIM Wilayah Terengganu.
PRODUK: Ewon melihat salah satu produk yang dijual semasa Karnival Sahabat Usahawan AIM Wilayah Terengganu.

KUALA TERANGGANU: Usaha membasmi kemiskinan melalui pembangunan keusahawanan menjadi salah satu agenda Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) seiring dengan wawasan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata pelbagai program pembangunan keusahawanan yang dilaksanakan agensi yang ada di kementeriannya termasuk Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dalam mencapai matlamat untuk membasmi kemiskinan. 

“Pembangunan keusahawanan penting kerana kekuatan ekonomi berupaya mengeluarkan masyarakat daripada kemiskinan seterusnya membantu anak-anak belajar sehingga ke peringkat universiti sebelum kembali semula kepada keluarga dan negara untuk berkhidmat sebagai warganegara Malaysia yang berkualiti. 

“Saya berterima kasih apabila AIM diwartakan sebagai agensi di bawah KUSKOP Malaysia kerana kami di kementerian berpeluang bekerjasama Perdana Menteri untuk membangunkan usahawan wanita melalui AIM,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Karnival Sahabat Usahawan AIM Wilayah Terengganu yang dirasmikan Perdana Menteri di sini.

Ewon berkata Belanjawan Malaysia Madani tahun hadapan yang bakal dibentangkan Perdana Menteri pada Oktober ini diyakini akan memberi harapan besar kepada Sahabat AIM di seluruh negara.

“Saya yakin Perdana Menteri akan memberikan sesuatu yang besar kepada Sahabat AIM supaya kita boleh menoktahkan kemiskinan melalui pembangunan keusahawanan. 

“Anwar juga membincangkan perihal pembangunan ekonomi negara melalui mesyuarat kabinet setiap minggu diikuti mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang diadakan setiap bulan selain mempengerusikan pelbagai mesyuarat jawatankuasa khas kabinet,” katanya.

Ewon berkata sebagai anak kepada seorang ibu tunggal yang juga peniaga kecil-kecilan di tamu-tamu di Sabah, beliau sangat memahami perjuangan dan pengorbanan Sahabat AIM yang kebanyakkannya terdiri daripada wanita.

“Kita memerlukan pemimpin yang memahami situasi ini, kita memerlukan Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan yang memahami situasi ini yang mencetuskan penubuhan AIM suatu ketika dahulu dan hari ini ingin meneruskan pembelaan kepada wanita wanita melalui AIM,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement