Anda di sini

Ribuan peminat banjiri Old Courthouse untuk bertemu Rain

Advertisement
Rain bercakap kepada peminatnya di pekarangan Old Courthouse. - Gambar Roystein Emmor
Rain bercakap kepada peminatnya di pekarangan Old Courthouse. - Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Ribuan peminat Jung Ji-hoon atau lebih dikenali sebagai Rain membanjiri pekarangan Old Courthouse di sini hari ini untuk bertemu dengan bintang popular dari Korea Selatan itu. 

Rain yang pertama kali berada di Kuching meluangkan masa lebih 10 minit untuk bertemu secara fizikal dan bermesra bersama peminatnya yang setia menunggu kemunculannya di sini.

Rain merupakan selebriti jemputan khas bagi Festival dan Anugerah Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) 2023 yang berlangsung di bandar raya ini bermula 2 hingga 4 Ogos. 

Rain yang tiba di sini malam Khamis berkata, Kuching ibarat 'syurga makanan' dan beliau amat menyukai Laksa Sarawak. 

Rain diserbu peminat di pekarangan Old Courthouse. - Gambar Roystein Emmor
Rain diserbu peminat di pekarangan Old Courthouse. - Gambar Roystein Emmor

"Malam tadi (Khamis) saya cuba Laksa dan saya juga suka Dimsum Kuching," katanya.  

Rain turut mempelajari beberapa perkataan dalam bahasa tempatan, antaranya 'Apa Khabar?' dan 'Saya Sayang Kamu' sambil disambut dengan jeritan ribuan peminatnya.

Penyanyi dan pelakon bertaraf 'megastar' terbabit yang telah melakar banyak kejayaan dengan tujuh album dan 28 single, turut menasihatkan penggiat industri agar melakukan yang terbaik dalam apa juga perkara yang dilakukan. 

Ribuan peminat Rain membanjiri Old Courthouse untuk bertemu dengan bintang dari Korea Selatan itu. - Gambar Roystein Emmor
Ribuan peminat Rain membanjiri Old Courthouse untuk bertemu dengan bintang dari Korea Selatan itu. - Gambar Roystein Emmor

Sementara itu, salah seorang peminat tegar Rain iaitu Sherwin Lee antara yang terawal tiba bagi bertemu dengan bintang pujaannya itu. 

"Saya meminati dan mengikuti perkembangan Rain selama 12 tahun dan ini kali ketiga saya bertemu dengannya selepas dua kali menghadiri konsert di Singapura," katanya. 

Hadir sama Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Snowdan Lawan dan Datuk Sebastian Ting, Pengarah AIFFA Livan Tajang serta yang lain. 

Snowdan dalam pada itu berterima kasih kepada ribuan peminat Rain yang hadir seawal jam 10 pagi untuk bertemu bintang pujaan mereka itu.

Sherwin antara peminat tegar Rain yang tidak melepaskan peluang bertemu dengan bintang pujaannya. - Gambar Roystein Emmor
Sherwin antara peminat tegar Rain yang tidak melepaskan peluang bertemu dengan bintang pujaannya. - Gambar Roystein Emmor


 
Kedatangan Rain ke Kuching juga membuktikan Sarawak mampu menganjurkan acara berprestij seperti AIFFA, katanya. 

  • oleh
  • Advertisement