Anda di sini

IKMa pelawa masyarakat ikuti program di UKKM

Advertisement
Mohd Zaib (depan, tengah) bersama tetamu jemputan lain merakamKAN kenangan bersama peserta Program Bicara Ilmu 'Membina Jenama, Menjana Angka' di Kuching hari ini.
Mohd Zaib (depan, tengah) bersama tetamu jemputan lain merakamKAN kenangan bersama peserta Program Bicara Ilmu 'Membina Jenama, Menjana Angka' di Kuching hari ini.

KUCHING: Institut Koperasi Malaysia (IKMa) mengalu-alukan masyarakat termasuk dari Sarawak mendaftar masuk atau mengikuti program di Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia atau UKKM.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Modal Insan) Institut Koperasi Malaysia Mohd Zaib Mat Yunus berkata, UKKM mula beroperasi sebagai institusi pengajian tinggi swasta sejak 29 Mac lepas.

"IKMa telah menubuhkan UKKM yang merupakan institusi pengajian tinggi pertama di Malaysia bahkan di ASEAN yang menumpukan bidang koperasi.

"Ia menawarkan beberapa program termasuk Diploma Keusahawanan Koperasi, Diploma Pengurusan Koperasi, Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Pengurusan Koperasi), Ijazah Sarjana Muda (Keusahawanan Koperasi) dan Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan (Pengurusan Koperasi).

"Oleh itu, saya menjemput warga koperator dari Sarawak sama ada besar atau kecil, dari kalangan anggota koperasi sendiri, kakitangan atau keluarga anda untuk mengikuti mana-mana program yang ditawarkan di UKKM," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada perasmian Program Bicara Ilmu 'Membina Jenama, Menjana Angka' anjuran IKMa Zon Sarawak yang dihadiri kira-kira 150 peserta di sini, hari ini.

Mohd Zaib berkata, kesemua kursus pengajian yang ditawarkan juga diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Mengenai program yang diadakan, beliau berkata ia memfokuskan kepada kepentingan membangunkan jenama ke atas produk yang dikeluarkan.

Katanya, untuk memantapkan lagi proses penjenama produk dan perkhidmatan tempatan, kerajaan melalui SME Corporation Malaysia dengan kerjasama SIRIM QAS International Sdn Bhd telah membangunkan 'National Mark of Malaysian Brand'.

"Melalui usaha ini, kerajaan berharap koperasi turut sama dengan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengambil kesempatan pensijilan 'National Mark of Malaysian Brand' untuk membina kredibiliti dan reputasi kualiti setanding keluaran antarabangsa," katanya.

Menurut Mohd Zaib, statistik gerakan koperasi sehingga 31 Disember 2022, menunjukkan sebanyak 15,315 koperasi berdaftar di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia dengan jumlah keanggotaan seramai lebih tujuh juta.

  • oleh
  • Advertisement