Anda di sini

Siong How Exclusive yang pertama kini dibuka di La Promenade Mall

Advertisement
Siong How Exclusive membuka kedainya yang ke-14 di La Promenade di bawah penjenamaan baharu yang berkualiti tinggi. Siong How Exclusive sudah dibuka secara kecil-kecilan di La Promenade Mall. Pembukaan rasmi secara besar-besaran akan diadakan dalam masa sebulan.

KUCHING: Siong How Exclusive yang pertama, yang terdiri daripada hampir sedozen kedai berkonsepkan dalam kedai runcit yang besar, telah dibuka di La Promenade Mall di Lebuh Raya Kuching-Samarahan.

Hock Seng Lee Berhad dalam kenyataan berkata, kedai di La Promenade itu merupakan cawangan ke-14 bagi francais tersebut.

Dengan keluasan ruang runcit melebihi 12,000 kaki persegi di aras tiga katanya, jenama yang ditawarkan termasuk Electrolux, Haier, LG, Panasonic dan Samsung.

Antara jenama-jenama dari bahagian dapur adalah Morgan. Siong How Exclusive sudah dibuka secara kecil-kecilan di La Promenade Mall. Pembukaan rasmi secara besar-besaran akan diadakan dalam masa sebulan.

Turut mengendalikan kedai konsep di dalamnya adalah Beko, Alpha, Joven, KDK, Mitsubishi Electric, Morgan dan Butterfly.

Pengarah Urusan Siong How Lo Kok How berkata, pihaknya berbangga kerana kedai eksklusif pertama Siong How sudah dibuka dan beroperasi semalam.

“Kami begitu bangga pada hari ini kerana kedai eksklusif pertama kami sudah dibuka dan beroperasi. 

Haier, sebuah syarikat elektronik peralatan rumah dan pengguna, mengusahakan sebuah kedai konsep di Siong How Exclusive.
Haier, sebuah syarikat elektronik peralatan rumah dan pengguna, mengusahakan sebuah kedai konsep di Siong How Exclusive.

“Terima kasih banyak-banyak kepada La Promenade Mall dan Hock Seng Lee (HSL) yang sentiasa memberikan sokongan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Lo, pihaknya telah bekerjasama dengan baik untuk mewujudkan pengalaman membeli-belah yang eksklusif. 

“Ini memang sewajarnya kerana La Promenade adalah sebuah komuniti berpagar yang mewah, pembangunan utama HSL, di mana ibu pejabatnya juga terletak,” ujarnya.

Jelasnya, banyak promosi akan diadakan di Siong How Exclusive termasuk pelancaran produk baharu daripada jenama-jenama besar, selain diskaun pembukaan dan tawaran istimewa.

“Peruncitan dengan perkhidmatan yang hebat adalah satu kombinasi yang sering menang, dengan menawarkan faedah seperti demonstrasi praktikal. 

Dapatkan Electrolux untuk kediaman anda pada hari pembukaan rasmi besar-besaran Siong How Exclusive.
Dapatkan Electrolux untuk kediaman anda pada hari pembukaan rasmi besar-besaran Siong How Exclusive.

“Membuat keputusan seperti memilih penidngin hawa yang hendak dibeli, saiz TV dan mencuba ciri-ciri baharu adalah jauh lebih mudah dan bebas daripada tekanan apabila anda dapat bercakap dengan jurujual profesional,” kata Lo.

Inilah sebabnya kenapa banyak jenama teknologi termasuk Apple berkeras mahu mewujudkan kedai fizikal, ujarnya.

Sebagai penyewa pusat beli-belah milik HSL, Siong How Exclusive akan menjadi sebahagian daripada acara-acara jualan syarikat pemaju tersebut, daripada promo musim perayaan hingga kepada rumah pameran.

La Promenade yang seluas 200 ekar mempunyai pelan induk untuk menjadi sebuah bandar kecil dalam taman.

Hakikat bahawa ia merupakan hartanah pertama dan satu-satunya yang pernah memenangi ketiga-tiga anugerah dalam industri tersebut bagi landskap, seni bina dan pengiktirafan daripada persatuan pemaju.

Pusat beli-belah itu merupakan titik fokus komersial bagi hartanah tersebut, yang menempatkan beberapa jenama Sarawak yang sudah terbukti seperti Black Bean Coffee & Tea, Foo Man Ting, SugarBun, Hoan Gallery, Rice King dan Zoro.

Selain Siong How, pasukan sewaan HSL dikhabarkan akan mengumumkan satu lagi penyewa besar, K11 Karaoke di aras dua, iaitu bahagian makanan dan hiburan di pusat beli-belah itu dalam masa beberapa bulan akan datang.

Pengembangan pusat tersebut, yang akan menambah ruang yang dapat disewa hampir tiga kali ganda, kini berada pada peringkat perancangan awal.

La Promenade Mall terletak di lokasi yang strategik bersebelahan Lebuh Raya Kuching-Samarahan yang sibuk. Siong How Exclusive sudah dibuka secara kecil-kecilan di La Promenade Mall. Pembukaan rasmi secara besar-besaran akan diadakan dalam masa sebulan.

Pasukan hartanah HSL juga sedang berusaha menambah tiga blok pangsapuri yang berharga pertengahan rendah hingga sederhana, bersebelahan lebuh raya yang sentiasa sibuk.

Untuk maklumat lanjut, layari lapromenademall.com.my atau cari @lapromenademall dalam media sosial.

Layarilah laman sesawang Siong How Exclusive, sionghow.com.my untuk maklumat terkini mengenai peruncit itu.
 
Advertisement