Anda di sini

255 graduan terima skrol pada Majlis Konvokesyen IMU

Advertisement
Abu Bakar menerima anugerah Doktor Kehormat Perubatan pada Majlis Konvokesyen IMU baru-baru ini.
Abu Bakar menerima anugerah Doktor Kehormat Perubatan pada Majlis Konvokesyen IMU baru-baru ini.

KUALA LUMPUR: Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) telah mengadakan Majlis Konvokesyen baru-baru ini bagi meraikan 255 graduan dalam program pascasiswazah dan sarjana muda yang merangkumi bidang perubatan, psikologi, pergigian, kimia farmaseutikal, kejururawatan dan perubatan komplementari dan alternatif.

Majlis itu juga mengiktiraf kohort sulung dalam Sarjana Kaunseling, Ijazah Kedoktoran Dwi Anugerah pertama dengan Universiti Newcastle, PhD dalam Sains Perubatan dan Kesihatan, dan penganugerahan Doktor Kehormat Perubatan kepada Penasihat Kanan IMU Tan Sri Dato' Dr Abu Bakar Suleiman, sebagai pengiktirafan sumbangan beliau kepada bidang tersebut.

Diadakan selama dua sesi pada hari yang sama, majlis konvokesyen tersebut dipengerusikan oleh Naib Canselor IMU Profesor Dr Abdul Aziz Baba.

“Jangan hadkan diri anda kerana sifat kerja kami berubah dengan pantas, didorong oleh cabaran geopolitik di sekeliling kita – daripada peperangan, pandemik COVID-19, peristiwa berkaitan iklim kepada herotan ekonomi dan yang terbaharu oleh gelombang aplikasi Artificial Intelligence. Sekiranya anda mendapati diri anda dalam bidang yang baru ditempa, ingat bahawa kemahiran yang anda perolehi di sini – pemikiran kritis, digital, analitikal dan kemahiran interpersonal – adalah kemahiran yang akan berkhidmat kepada anda di mana sahaja anda berada,” kata Aziz.

Sementara itu, Pro-Canselor IMU Ahli Akademik Datin Paduka Setia Dato' Dr Aini Ideris menyeru para graduan mendalami hakikat bahawa semua kehidupan saling berkaitan dan mempertimbangkan peranan mereka dalam Kesihatan Planet, di mana nasib manusia dan planet berkongsi takdir bersama.

“Sebagai profesional kesihatan yang baharu, anda adalah asas di mana sikap dan minda baharu dibina. Terima peranan anda dan jadilah pemangkin dalam menubuhkan ekosistem kesihatan planet yang merupakan antara disiplin di mana para profesional dari semua pihak - manusia, alam sekitar dan haiwan - boleh bekerjasama dan menawarkan impak sebenar," katanya.

Mengimbas kembali kerjayanya yang panjang dan cemerlang,  Abu Bakar melafazkan rasa terima kasih yang tulus atas penerimaan Doktor Perubatan Kehormatnya dan berkongsi agar graduan IMU pada masa kini dan akan datang, akan sentiasa mengekalkan hasrat mereka untuk belajar secara berterusan dan sentiasa berusaha untuk berada di barisan hadapan dalam inovasi penjagaan kesihatan terutamanya berkaitan penjagaan berpusatkan pesakit dan penyelesaian kesihatan digital.

Majlis penyampaian hadiah telah diadakan sehari sebelum konvoksyen tersebut bagi mengiktiraf pencapaian pelajar cemerlang IMU di mana tiga anugerah diberikan kepada graduan program Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) Lim Yee Siew.

“Pengalaman saya di IMU benar-benar tidak ternilai. Terima kasih kepada individu dan profesor yang saya temui yang memberi inspirasi; pengajaran yang telah saya pelajari sepanjang berada di sini telah memberikan saya pendidikan menyeluruh yang amat saya hargai. Saya juga mengaitkan kejayaan saya dengan sokongan tidak berbelah bahagi daripada rakan, keluarga dan mentor sepanjang perjalanan lima tahun yang luar biasa itu,'' ulas Lim.

Majlis itu juga mengumumkan akreditasi semula program kiropraktik IMU oleh Council on Chiropractic Education Australasia (CCEA) sehingga April 2026.
 

Advertisement