Anda di sini

Lelaki jatuh dari Jambatan Darul Hana dijumpai lemas

Advertisement
Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

KUCHING: Seorang lelaki ditemui mati di Tebingan Kuching dipercayai terjatuh dari Jambatan Darul Hana, di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan dari orang awam melaporkan seorang lelaki dipercayai terjun dari jambatan tersebut pada jam 1.34 pagi.

Susulan itu, beberapa anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan terus dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Komander operasi melaporkan menjumpai satu baju berwarna merah, cermin mata dan selipar di atas jambatan tersebut dipercayai milik mangsa.

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) terus dilancarkan sehingga jam 5.51 pagi apabila mangsa dijumpai dengan kaedah pencarian menggunakan grappling iron," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Mangsa disahkan meninggal dunia dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"Maklumat mangsa tidak dapat diperolehi kerana tiada dokumen pengenalan diri dan tiada waris yang hadir di lokasi kejadian," katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement