Anda di sini

SMK Sacred Heart antara sekolah terbaik SPM 2022

Advertisement
Pelajar cemerlang SMK Sacred Heart menunjukkan keputusan SPM masing-masing.
Pelajar cemerlang SMK Sacred Heart menunjukkan keputusan SPM masing-masing.

SIBU: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sacred Heart terus menyerlah dalam bidang akademik setelah menjadi antara sekolah terbaik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 di Sarawak.

Seramai 31 orang pelajar sekolah ini berjaya memperolehi 9A dan ke atas, di mana 14 pelajar memperolehi 11A.

Mereka terdiri daripada Bryan Lee, Kaylen Wong, Samuel Hoo, Ooi Da, Khong Wei Jian, Fernandez Neo, Jayvis Wei, Daniel Ang, Alexander Wong, Lee Jia Qi, Lai Chang Zhe, Justin Yii, Ong Peng Quan dan Bertrand Lee.

Seramai 11 lagi pelajar memperolehi 10A iaitu Muhamad Irfan Farhan Fathi, Adam Wong, Chris Lau, Gabriel Lim, John Wong, Loo Chow Sheng, Tang Song En, Jensen Tang, Wong Shou Yi, Edward Siew dan Thomas Ho.

Ini diikuti oleh enam pelajar yang memperolehi 9A, enam orang (8A), 12 orang (7A), 10 orang (6A) dan 14 orang (5A).

Di samping itu, SMK Sacred Heart mempunyai hampir 50 peratus pelajar mendapat sekurang-kurangnya 5A.

Muhamad Irfan Farhan Fathi, pelajar aliran Sains yang memperoleh 9A+ dan 1A dalam SPM 2022, bercadang untuk mengikuti program asasi dalam bidang kejuruteraan di Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan juga memohon biasiswa Petronas. 

"Saya ingin menjadi seorang jurutera, khususnya dalam bidang automotif," katanya.

Seramai 684 pelajar SPM 2022 di Sarawak mencapai sekurang-kurangnya A- dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Pengarah Pendidikan Negeri Datu Dr Azhar Ahmad berkata, ini adalah satu peningkatan berbanding keputusan SPM 2021.
 

  • oleh
  • Advertisement