Anda di sini

Peranan penting mantan ketua adat masih diperlukan: Ewon

Advertisement
 Ewon (dua kanan) menerima cenderahati daripada Mantan Ketua Daerah Mahkamah Anak Negeri Kota Belud Jaintin Molondoi (kanan) pada majlis itu.
SUMBANGAN: Ewon (dua kanan) menerima cenderahati daripada Mantan Ketua Daerah Mahkamah Anak Negeri Kota Belud Jaintin Molondoi (kanan) pada majlis itu.

KOTA BELUD: Mantan ketua-ketua adat disaran supaya terus memainkan peranan penting membantu menjaga kesejahteraan dan memupuk perpaduan dalam kalangan komuniti setempat.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, idea pihak berkenaan terutama yang berkaitan adat khususnya bagi mantan ketua adat di kawasan Kadamaian masih diperlukan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian ini berkata, mantan ketua adat mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas dalam undang-undang adat.

Sehubungan itu katanya, ia mampu membantu dalam menyelesaikan masalah di peringkat kampung, menegakkan keadilan dan keharmonian hidup rakyat.

“Saya juga berharap agar mereka dapat memberi kerjasama dengan ketua-ketua adat yang akan dilantik di kawasan Kadamaian. 

“Penyusunan pelantikan ketua-ketua adat adalah perkara biasa, sama ada melantik mantan ketua adat atau sebaliknya,” katanya pada Majlis Santai Kaamatan Bersama Mantan Ketua-Ketua Adat kawasan Kadamaian di Kampung Piasau di sini pada Sabtu lepas.

Dalam pada itu, Ewon turut merakamkan penghargaan kepada mantan ketua-ketua adat kawasan Kadamaian atas perkhidmatan terbaik mereka dalam melaksanakan tanggungjawab.

“Kerajaan mengiktiraf peranan ketua-ketua adat kerana mereka bukan sahaja bertanggungjawab menyelesaikan permasalahan dan menegakkan keadilan di peringkat kampung.

"Tetapi mereka juga sentiasa turun padang membantu wakil rakyat menyelesaikan isu-isu yang dihadapi di kawasan masing-masing,” katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement