Anda di sini

Inisiatif Parti Gagasan Rakyat iktiraf belia keputusan tepat

Advertisement
 Nizam ketika melancarkan Skuad Anti Dadah Tawau.
PELANCARAN: Nizam ketika melancarkan Skuad Anti Dadah Tawau.

TAWAU: Inisiatif Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) memberi ruang kepada belia untuk bersama kepimpinan negeri sangat tepat bagi pembentukan sebuah kerajaan yang stabil dan makmur.

Ketua Penerangan Gagasan Rakyat Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, peluang yang diberikan itu menandakan parti ini mengiktiraf sumbangan belia kepada pembangunan negeri.

“Saya sangat bersetuju dengan langkah yang dibuat oleh Parti Gagasan Rakyat yang dipimpin Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor melibatkan golongan belia dengan kepimpinan negeri.

“Penglibatan belia bersama parti yang menjadi tunjang kepada negeri hari ini mampu menyumbang kepada kesejahteraan rakyat keseluruhannya,” katanya.

Beliau yang juga Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri berkata demikian ketika ditemui dalam Majlis Apresiasi Gabungan Persatuan Belia Bahagian Tawau (GABETA) dan Pelancaran Skuad Anti Dadah Tawau, di sini semalam. Turut hadir, Ahli Parlimen Tawau, Lo Su Fui.

Menurutnya, kerajaan negeri juga menyokong usaha belia yang selama ini banyak memberikan pandangan bernas demi pembangunan negara.

“Justeru, disamping kita menghormati pejuang dan pemimpin veteran, kerajaan negeri juga mengambil langkah membawa belia bersama bergerak ke arah yang lebih maju,” katanya.

 Nizam menyampaikan Anugerah Khas Belia kepada Mantan Setiausaha Agung GABETA, Khairul Anwar Junus.
ANUGERAH: Nizam menyampaikan Anugerah Khas Belia kepada Mantan Setiausaha Agung GABETA, Khairul Anwar Junus.

Sementara itu, Nizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas berkata, inisiatif GABETA berkolaboratif dengan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mewujudkan Skuad Anti Dadah Tawau adalah sesuatu yang sangat bermanfaat.

Katanya, ia adalah langkah yang tepat bagi memastikan rakyat khususnya belia dapat menghindar daripada terjebak dengan penyalahgunaan najis dadah.

“Dadah adalah musuh utama negara dan sekiranya belia menjadi penagih, maka masa depan negara juga akan tercemar.

“Kita sedia maklum, wajah masa depan negara terletak kepada belia pada hari ini yang bakal mewarisi kepimpinan di Malaysia,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement