Anda di sini

LDP zahir tahniah RUU Anti Lompat Parti lulus

Advertisement
CHIN
CHIN

KOTA KINABALU: Parti Liberal Demokratik (LDP) menzahirkan tahniah kepada kerajaan negeri di atas kelulusan Rang Undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti, pada Khamis baru-baru ini.

Presidennya, Datuk Chin Su Phin berkata, kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sudah menjelaskan bahawa RUU berkenaan akan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas ia diluluskan.

Katanya, Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor yang membentangkan RUU berkenaan bertujuan mencegah wakil rakyat bertindak melompat parti lagi.

“Semua wakil rakyat di Sabah sepatutnya bekerjasama menyokong pindaan tersebut supaya tiada lagi gerakan politik yang boleh menjejaskan pembangunan negeri.

“Bagaimanapun, saya sedikit kecewa kerana pindaan itu tidak mendapat sokongan penuh wakil rakyat terutamanya daripada blok pembangkang,”katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Beliau berkata, pembangkang harus memainkan peranan dengan memberikan pandangan kepada kerajaan, bukannya meneruskan agenda peribadi mereka.

Dalam pada itu, Chin berkata, banyak isu di Sabah telah dipolitikkan, termasuklah masalah bekalan air dan elektrik yang telah wujud sejak pemerintahan Barisan Nasional (BN) lagi.

Beliau berkata, kerajaan GRS harus mencontohi pendirian Sarawak dalam melaksanakan projek empangan demi masa depan rakyat di negeri ini.

Pembangkang juga perlu bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi memastikan projek-projek yang menyumbang kepada kesejahteraan rakyat menjadi kenyataan.

Justeru, LDP akan menubuhkan satu pasukan untuk melihat isu-isu sara hidup, termasuk bekalan utiliti dan akan memberikan cadangan membina kepada kerajaan,”katanya.

  • oleh
  • Advertisement