Anda di sini

Gagasan Rakyat Bahagian Api-Api dibentuk, bagi mengukuhkan jentera

Advertisement
 Barisan jawatankuasa Gagasan Rakyat Bahagian Api Api merakamkan gambar kenangan bersama Faisyal (lima kiri), Usin (empat kanan), Murni (empat kiri), Salmi (tiga kiri), Safwan (dua kiri) dan Emmie (kiri ) berserta jawatankuasa yang lain.
ALBUM: Barisan jawatankuasa Gagasan Rakyat Bahagian Api Api merakamkan gambar kenangan bersama Faisyal (lima kiri), Usin (empat kanan), Murni (empat kiri), Salmi (tiga kiri), Safwan (dua kiri) dan Emmie (kiri ) berserta jawatankuasa yang lain.



KOTA KINABALU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Api-Api baru-baru ini telah mengadakan mesyuarat pembentukan jawatankuasa penaja bahagian yang diketuai Ketua Penaja Bahagiannya, Datuk Faisyal Yusuf Hamdain Diego.


Turut diadakan semasa mesyuarat itu termasuklah penyerahan watikah pelantikan kepada semua AJK penaja.


Faisyal ketika ditemui memberitahu, Gagasan Rakyat Bahagian Api-Api sedang menyusun jentera pentadbirannya serta menubuhkan cawangan-cawangan penaja.


Menurut beliau lagi, keutamaan Gagasan Rakyat Bahagian Api-Api adalah untuk mengukuhkan jentera di semua peringkat bahagian dan bekerjasama dengan parti-parti komponen GRS di parlimen Kota Kinabalu.


Jelasnya, sebagai sebuah entiti politik di dalam kawasan bandaraya Kota Kinabalu, Gagasan Rakyat Bahagian Api-Api akan lebih peka dengan isu-isu semasa seperti kos sara hidup, pengangkutan awam, keselamatan, kebersihan dan perumahan mampu milik.


Bagi memastikan Gagasan Rakyat Bahagian Api-Api mampu memberi impak positif serta efektif dalam usaha menyelesaikan permasalahan rakyat, barisan jawatankuasa yang dipilih terdiri dari individu-individu yang mempunyai pelbagai latar belakang, pengalaman dan kemahiran termasuklah golongan professional muda.


Barisan jawatankuasa penaja Gagasan Rakyat Bahagian Api-Api terdiri daripada Faisyal; Timbalan Ketua Bahagian, Usin Sukor; Naib Ketua Bahagian, Murni Awang; Setiausaha bahagian, Johann Diego; Bendahari, Rena Kashelda Yusof; Ketua Penerangan, Datuk Yeo Boon Hai; Ketua Wanita, Salmi Sarinoh; Ketua Pemuda, Syahrul Safwan Najwan Faisyal dan Ketua Beliawanis, Emmie M. Idang.


Sementara itu, ahli jawatankuasa bahagian ialah, Mohd Ibrahim Yassin@ M.Y Ibrahim; Datuk Mohammed Sahid Nawab Khan; Dato Awang Ahmad@Awang Ariffin; Ir. Dr. Mohd Yunus Hamid; Eric Ye Lee Tsen; Pg. Alliyuddin Pg. Ahmad Tajuddin; Roslan Masran; Arsad Tamam; Mustakim Durahim; Ram Singh; Mohd Iizham Majin; Chong Choi Lin; Dr. Siti Fatmah Suahid; Luken Westly Estrop; Shafferra Narvana Risaib Shah dan Noor Shaffienas Awang.

  • oleh
  • Advertisement