Anda di sini

Tiga lelaki ditahan, PPM rampas minuman keras bernilai RM900,000

Advertisement
 Tiga suspek lelaki dan rampasan minuman keras tidak bercukai yang dipercayai diseludup dari Labuan.
RAMPAS: Tiga suspek lelaki dan rampasan minuman keras tidak bercukai yang dipercayai diseludup dari Labuan.

KOTA KINABALU: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup minuman keras tidak bercukai dari Labuan dalam Op Kontraban yang dijalankan di sebuah rumah di Kampung Bintuka Beaufort.

Sumber berkata tiga lelaki berumur lingkungan 24 hingga 30 tahun berjaya ditahan bersama minuman keras bernilai RM900,00 dalam operasi jam 4.30 petang kelmarin.

“Bertindak dengan maklumat diperoleh, sepasukan pegawai dan anggota PPM Labuan serta Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort menjalankan serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di kampung terbabit.

"Pasukan serbuan kemudian menahan sebuah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah lori di hadapan rumah berhampiran sungai yang dipercayai menyimpan minuman keras tidak bercukai. 

"Tiga lelaki yang berada di dalam kenderaan ditahan dan hasil soal siasat mendedahkan suspek mengakui ingin memasuki rumah itu untuk mengambil minuman keras tidak bercukai dan dibawa keluar," katanya.

Menurutnya hasil pemeriksaan lanjut di dalam rumah itu menemukan pelbagai minuman keras dipercayai diseludup dari Labuan tanpa melalui jalan yang diwartakan.

"Nilai keseluruhan rampasan minuman keras berjumlah RM900,000 termasuk cukai," katanya.

Sementara itu, Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan rampasan berkenaan. 

Katanya, tangkapan dan semua rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort untuk tindakan lanjut.

  • oleh
  • Advertisement