Anda di sini

QEW Venture meterai MoU dengan PAFS

Advertisement
 Satu MoU dimeterai diantara QEW Venture dengan Pengangkutan Awam Family Shahran di LIMA ‘23.
PERSEFAHAMAN: Satu MoU dimeterai diantara QEW Venture dengan Pengangkutan Awam Family Shahran di LIMA ‘23.


LANGKAWI: QEW Venture Sdn Bhd telah menjalin kerjasama dengan Pengangkutan Awam Family Shahran (PAFS) menerusi satu perjanjian persefahaman (MoU) yang dimeterai di Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA ‘23).


QEW Venture diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan QGB, Fairoz Mohamed dan Pengurus QEW Venture Sdn. Bhd, Johan Hakeem Kanai Abdullah manakala PAFS diwakili Pengarah Urusannya, Datuk Seri Sahran Untai bersama Datin Seri Ruzi Saul.


"QEW Venture membekalkan produk gula dan barangan komoditi asas ke Sabah, Sarawak dan sekitarnya dan PAFS menguruskan sektor pengangkutan, perkapalan, pergudangan serta logistik.


"Perjanjian dimeterai dengan anggaran pembekalan sehingga RM30 juta pada satu-satu masa meliputi produk gula dan minyak yang diharap ianya akan menjurus kepada projek-projek mega yang lebih besar pada masa akan datang, " kata kenyataan itu.


Sahran dalam ucapan turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak QEW Venture kerana telah memberi peluang kepada PAFS dalam soal libat urus.


"Selaku Pengarah Urusan PAFS, saya mengucapkan setinggi dan jutaan terima kasih kepada pihak QEW Venture. Semoga persefahaman dan usaha sama ini menjadi kolaborasi yang berdaya maju dan memberi manfaat kepada masyarakat dalam dan luar negara.


"Saya ingin menegaskan bahawa misi syarikat ini adalah untuk menyediakan khidmat yang berkualiti, telus, professional dan fleksibel bagi memenuhi keperluan pelanggan kami.


"Kami juga mempunyai visi untuk menjadi salah satu syarikat yang berdaya saing, professional, dinamik dan seterusnya memberi impak yang positif kepada masyarakat khususnya di Sabah.

"Dan diharap ia akan menjadi penggerak kepada penjanaan ekonomi dan peningkatan sumber yang diperkenalkan, " katanya.


 

  • oleh
  • Advertisement