Anda di sini

Iglesias digantung atas insiden kad merah Vinicius Junior

Advertisement
 Iglesias (tengah) semasa mengadili perlawanan La Liga Sepanyol di antara Barcelona dan CA Osasuna di Stadium Camp Nou, awal bulan lalu. — Gambar AFP
Iglesias (tengah) semasa mengadili perlawanan La Liga Sepanyol di antara Barcelona dan CA Osasuna di Stadium Camp Nou, awal bulan lalu. — Gambar AFP


BARCELONA: Jawatankuasa pengadil Sepanyol menggantung pegawai Ignacio Iglesias Villanueva kelmarin untuk beberapa perlawanan akan datang selepas penglibatannya dalam kad merah Vinicius Junior menentang Valencia.

Media Sepanyol melaporkan bahawa pegawai berusia 47 tahun itu telah dipecat namun persekutuan bola sepak Sepanyol tidak akan mengesahkan berita demikian apabila disoal oleh AFP.

Iglesias Villanueva bertanggungjawab mengendalikan video bantuan pengadil (VAR) ketika kemenangan 1-0 La Liga Valencia ke atas Real Madrid pada Ahad, di mana penyerang Los Blancos, Vinicius menghadapi cemuhan perkauman oleh penyokong tuan rumah di Mestalla.

Lewat dalam perlawanan itu, pemain berusia 22 tahun itu dibuang padang kerana memukul Hugo Duro dari Valencia, selepas pengadil Ricardo De Burgos Bengoetxea merujuk rakaman VAR mengenai pergaduhan antara kedua-dua pasukan.

Bagaimanapun, video yang ditunjukkan Iglesias Villanueva tidak merangkumi paparan Duro mencengkam pemain Brazil itu di leher dengan lengannya terlebih dahulu, yang juga merupakan kesalahan kad merah.

Vinicius dibuang padang dan terlepas antara dua atau tiga perlawanan.

Namun demikian pada Selasa, kad merah Vinicius selepas pertelingkahan lewat tersebut ditarik balik dan pemain Brazil itu boleh kembali bermain dalam perlawanan Real Madrid menentang Rayo Vallecano pada Khamis.

Iglesias Villanueva bakal menjadi ketua pegawai VAR bagi perlawanan Real Betis menentang Getafe pada Khamis, dan pembantu VAR bagi lawatan Athletic Bilbao untuk berdepan Osasuna pada Jumaat. — AFP 

Advertisement